Assalamualaikum dan Selamat sejahtera....
Dah lama tak menulis kat blog ni...Al-maklumlah tengah sibuk kan..hehe..
Kali ni saya nak cerita tentang benda lain sikit, bukan pasal Kimia dah tapi...mungkin akan terselit jugak la sikit-sikit pasal Kimia..hehe...dah minat, nak buat macam mana...Ok, kali ni saya nak cerita pasal subjek Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar....Subjek ni sangat penting untuk para pelajar yang akan bergelar GURU..Kalau nak jadi guru mestilah ada anak murid...Kita tengok situasi zaman gajet ni, pelajar pun dah makin hebat...dan kerenah mereka pun boleh tahan hebat jugak la...jadi, kita sebagai guru kenalah faham dan tahu cara untuk menangani kerenah mereka....
Sekarang saya nak memperkenalkan pensyarah bagi subjek ni pulak,beliau ialah Dr Suppiah Nachiappan...haaaa, mesti ramai yang kenal kan..Sebut je 'Lambaian Malar Hijau' mesti terus ingat Dr Suppiah...Saya suka cara Dr ni sebab beliau ada trademark tersendiri yang menyebabkan beliau diingati oleh para pelajarnya....
Dr Suppiah Nachiappan
'Teruskan Perjuangan'
~~~~Lambaian Malar Hijau~~~ pnjam ayat jap..hehe
chemistry e-portfolio
chemistry is superb + amazing~~~~
Sunday, 11 March 2012
Thursday, 22 December 2011
FALSAFAH PENDIDIKANKU
Kalau nak diikutkan, falsafah pendidikan saya ni lebih
kurang macam falsafah pendidikan guru je… Cuma ada la tambah sikit-sikit…
Harapnya suatu hari nanti diri ini
akan mampu menjadi guru dalam erti kata yang sebenarnya…seorang guru yang
bertanggungjawab, memahami, dan juga ikhlas mengajar…yang paling penting saya
nak mendidik anak bangsa menjadi manusia yang sempurna…^^ walaupun mungkin ada
yang tidak pandai dalam pelajaran tapi moga-moga mereka menjadi insan yang
berguna pada masyarakat…ye lah, tak semestinya tak pandai akan jadi orang tak
berguna kan…yang penting, jauhkan diri daripada perkara yang tak baik…jadi guru
ni bukan sekadar mencurahkan ilmu semata-mata, kita kena lah ambil peluang ni
untuk terapkan nilai-nilai murni pada anak didik kita…jangan bagi dunia sahaja
hingga mereka lupa pada alam yang kekal abadi di akhirat kelak….
Saya nak jadi anak yang baik, yang
disenangi ibu bapa dan juga masyarakat…kalau boleh saya nak kehadiran saya di
muka bumi ni menyenangkan orang lain dan tidak membuat mana-mana manusia pun
yang pernah mengenali saya merasa sedih dan tidak selesa….
Dunia adalah perjalanan menuju
akhirat…moga perjalanan kita semua akan dirahmati Allah…Aminnnn…
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
REFLEKSI BLOG
salam..
BLOG?????
hehehe.....
Hehehe…al-maklumlah orang tak berapa nak celik IT,
pertama kali dengar kena buat blog, pening jugak la…haha…tapi, nasib baik lah
ramai kawan-kawan yang pandai fasal blog…thanks kepada sesiapa yang pernah
membantu diri ini…^^
Blog ni
satu cara yang bagus untuk dijadikan tempat untuk berkongsi ilmu..terutamanya
bagi seseorang yang ingin bergelar guru dan kepada sesiapa yang ingin menabur bakti kepada anak bangsa…kalau
tak jadi cikgu pun boleh kongsi ilmu jugak melalui blog macam ni…jadi, tak
semestinya hanya orang yang bekerja sebagai guru sahaja boleh menyampaikan ilmu
kn? kn?...
susah jugak kalau dapat anak murid macam ni kn...hehehe..
gunakan lah blog sebaiknya untuk menyampaikan ilmu...ilmu yang dikongsi tidak akan berkurang, jangan kedekut ilmu ye...Allah tak suka orang macam, tu tau....^^
REFLEKSI POWER POINT
ASSALAMUALAIKUM……..
Banyak
ilmu yang saya dapat melalui tugasan kedua ini…. Membuat Power point untuk
pembelajaran tingkatan 4 atau 5…ni kira macam salah satu persediaan untuk
menjadi guru yang celik IT dan menggunakan IT dalam pembelajaran la…hehehe…hmmm…sebelum
ni pun dah banyak dah buat Power point tapi yang ringkas je lah…asalkan ada
maklumat walaupun tak berapa nak menarik…hehehe…
Tapi……lepas masuk kelas ICT
ni dan tau macam mana nak gunakan links, hyperlink dan untuk lebih membuat
sesuatu Power point itu menarik kita boleh la letak kan simulasi dan juga
animasi…barulah pelajar yang malas macam saya ni semangat nak belajar…hihi…
Bagi saya, belajar kimia
adalah sesuatu yang membosankan jika hanya menggunakan buku teks semata-mata…sebab
tu lah kita kena buat eksperimen dan repot yang berjela-jela tu..hehe…kalau
ditambah pula melihat animasi dan simulasi, insya-Allah akan lebih faham dan
tertarik hati untuk belajar….SEKIAN~~~~~~
REFLEKSI CARTA FILA
Salam…
Kali pertama dapat tugasan untuk buat carta fila ni, saya
memang tak pernah dengar pun dan memang tak tahu macam mana la bentuk carta
fila ni…alhamdulillah selepas mendapat tunjuk ajar daripada Puan Asmayati,
akhirnya saya faham apa itu Carta Fila…
Sebenarnya, carta fila ni bagus untuk menyelesaikan
masalah.. sebagai contoh, apabila kita mendapat sesuatu tugasan, kita perlu
keluarkan fakta yang ada ..kemudian, apakah idea atau buah fikiran yang
terlintas di minda mengenai permasalahan yang timbul…dan akhirnya perlulah
memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut…
Monday, 19 December 2011
SUATU HARI NANTI....
Kalau cakap tentang perancangan
masa depan, macam-macam terlintas di fikiran ni. Al- maklumlah, orang kuat
berangan…hehe…tapi kn, angan-angan tu tak salah sebab dari angan-angan lah
wujudnya impian yang insya-Allah menjadi realiti… Amiiinn…
Lagi 2
tahun setengah InsyaAllah saya akan tamat belajar dan akan bergelar CIKGU…hehe..kalau
tak ada apa-apa masalah teringin sangat nak sambung master..tapi nak kawen dulu
kot…^^hihi…gurau je…jodoh di tangan Allah, saya terima seadanya.
Yang paling
penting saya nak tolong keluarga dulu sebab saya ni anak sulung.. kena tunjuk
contoh pada adik-adik..harap-harap dapat
ijazah kelas pertama…nanti, tak perlu bayar PTPTN…hikhikhik..sedang berusaha ke
arah itu, walaupun banyak masa dihabiskan dengan sia-sia….tiap kali semester
baru mesti pasang azam nak belajar sungguh, tak nak malas-malas, tapi biasanya
tahan untuk 2 bulan pertama je lah..lepas tu, tidur dan tengok cerita je lebih….hehehe..
Sebenarnya, seronok jadi cikgu ni, anak murid sayang kita…hehe..lagipun, dapat mendidik anak bangsa ni kerja yang sangat mulia sebab kita lah yang bakal mencorak generasi akan datang… dan yang paling seronok sekali ialah SELAMAT HARI GURU…hehe…terasa diri dihargai je….
Sebenarnya, seronok jadi cikgu ni, anak murid sayang kita…hehe..lagipun, dapat mendidik anak bangsa ni kerja yang sangat mulia sebab kita lah yang bakal mencorak generasi akan datang… dan yang paling seronok sekali ialah SELAMAT HARI GURU…hehe…terasa diri dihargai je….
InsyaAllah
akan berjaya mencapai cita-cita suatu hari nanti..semoga menjadi manusia yang
berguna pada masyarakat dan berjaya di dunia dan akhirat..Sekian…
Subscribe to:
Comments (Atom)







