Kalau nak diikutkan, falsafah pendidikan saya ni lebih
kurang macam falsafah pendidikan guru je… Cuma ada la tambah sikit-sikit…
Harapnya suatu hari nanti diri ini
akan mampu menjadi guru dalam erti kata yang sebenarnya…seorang guru yang
bertanggungjawab, memahami, dan juga ikhlas mengajar…yang paling penting saya
nak mendidik anak bangsa menjadi manusia yang sempurna…^^ walaupun mungkin ada
yang tidak pandai dalam pelajaran tapi moga-moga mereka menjadi insan yang
berguna pada masyarakat…ye lah, tak semestinya tak pandai akan jadi orang tak
berguna kan…yang penting, jauhkan diri daripada perkara yang tak baik…jadi guru
ni bukan sekadar mencurahkan ilmu semata-mata, kita kena lah ambil peluang ni
untuk terapkan nilai-nilai murni pada anak didik kita…jangan bagi dunia sahaja
hingga mereka lupa pada alam yang kekal abadi di akhirat kelak….
Saya nak jadi anak yang baik, yang
disenangi ibu bapa dan juga masyarakat…kalau boleh saya nak kehadiran saya di
muka bumi ni menyenangkan orang lain dan tidak membuat mana-mana manusia pun
yang pernah mengenali saya merasa sedih dan tidak selesa….
Dunia adalah perjalanan menuju
akhirat…moga perjalanan kita semua akan dirahmati Allah…Aminnnn…


No comments:
Post a Comment