2

Photobucket

Thursday, 22 December 2011

FALSAFAH PENDIDIKANKU


Kalau nak diikutkan, falsafah pendidikan saya ni lebih kurang macam falsafah pendidikan guru je… Cuma ada la tambah sikit-sikit…

Harapnya suatu hari nanti diri ini akan mampu menjadi guru dalam erti kata yang sebenarnya…seorang guru yang bertanggungjawab, memahami, dan juga ikhlas mengajar…yang paling penting saya nak mendidik anak bangsa menjadi manusia yang sempurna…^^ walaupun mungkin ada yang tidak pandai dalam pelajaran tapi moga-moga mereka menjadi insan yang berguna pada masyarakat…ye lah, tak semestinya tak pandai akan jadi orang tak berguna kan…yang penting, jauhkan diri daripada perkara yang tak baik…jadi guru ni bukan sekadar mencurahkan ilmu semata-mata, kita kena lah ambil peluang ni untuk terapkan nilai-nilai murni pada anak didik kita…jangan bagi dunia sahaja hingga mereka lupa pada alam yang kekal abadi di akhirat kelak….



Saya nak jadi anak yang baik, yang disenangi ibu bapa dan juga masyarakat…kalau boleh saya nak kehadiran saya di muka bumi ni menyenangkan orang lain dan tidak membuat mana-mana manusia pun yang pernah mengenali saya merasa sedih dan tidak selesa….

Dunia adalah perjalanan menuju akhirat…moga perjalanan kita semua akan dirahmati Allah…Aminnnn…



FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

 


"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

REFLEKSI BLOG

salam..

BLOG?????
hehehe.....

Hehehe…al-maklumlah orang tak berapa nak celik IT, pertama kali dengar kena buat blog, pening jugak la…haha…tapi, nasib baik lah ramai kawan-kawan yang pandai fasal blog…thanks kepada sesiapa yang pernah membantu diri ini…^^
           
            Blog ni satu cara yang bagus untuk dijadikan tempat untuk berkongsi ilmu..terutamanya bagi seseorang yang ingin bergelar guru dan kepada sesiapa yang ingin menabur bakti kepada anak bangsa…kalau tak jadi cikgu pun boleh kongsi ilmu jugak melalui blog macam ni…jadi, tak semestinya hanya orang yang bekerja sebagai guru sahaja boleh menyampaikan ilmu kn? kn?...


                                         susah jugak kalau dapat anak murid macam ni kn...hehehe..


gunakan lah blog sebaiknya untuk menyampaikan ilmu...ilmu yang dikongsi tidak akan berkurang, jangan kedekut ilmu ye...Allah tak suka orang macam, tu tau....^^

REFLEKSI POWER POINT


ASSALAMUALAIKUM……..
                 


           Banyak ilmu yang saya dapat melalui tugasan kedua ini…. Membuat Power point untuk pembelajaran tingkatan 4 atau 5…ni kira macam salah satu persediaan untuk menjadi guru yang celik IT dan menggunakan IT dalam pembelajaran la…hehehe…hmmm…sebelum ni pun dah banyak dah buat Power point tapi yang ringkas je lah…asalkan ada maklumat walaupun tak berapa nak menarik…hehehe…

Tapi……lepas masuk kelas ICT ni dan tau macam mana nak gunakan links, hyperlink dan untuk lebih membuat sesuatu Power point itu menarik kita boleh la letak kan simulasi dan juga animasi…barulah pelajar yang malas macam saya ni semangat nak belajar…hihi…

Bagi saya, belajar kimia adalah sesuatu yang membosankan jika hanya menggunakan buku teks semata-mata…sebab tu lah kita kena buat eksperimen dan repot yang berjela-jela tu..hehe…kalau ditambah pula melihat animasi dan simulasi, insya-Allah akan lebih faham dan tertarik hati untuk belajar….SEKIAN~~~~~~

REFLEKSI CARTA FILA


Salam…


                     Kali pertama dapat tugasan untuk buat carta fila ni, saya memang tak pernah dengar pun dan memang tak tahu macam mana la bentuk carta fila ni…alhamdulillah selepas mendapat tunjuk ajar daripada Puan Asmayati, akhirnya saya faham apa itu Carta Fila…

                      Sebenarnya, carta fila ni bagus untuk menyelesaikan masalah.. sebagai contoh, apabila kita mendapat sesuatu tugasan, kita perlu keluarkan fakta yang ada ..kemudian, apakah idea atau buah fikiran yang terlintas di minda mengenai permasalahan yang timbul…dan akhirnya perlulah memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut…

Monday, 19 December 2011

SUATU HARI NANTI....


ANGAN-ANGAN MENJADI REALITI


Kalau cakap tentang perancangan masa depan, macam-macam terlintas di fikiran ni. Al- maklumlah, orang kuat berangan…hehe…tapi kn, angan-angan tu tak salah sebab dari angan-angan lah wujudnya impian yang insya-Allah menjadi realiti… Amiiinn…
                Lagi 2 tahun setengah InsyaAllah saya akan tamat belajar dan akan bergelar CIKGU…hehe..kalau tak ada apa-apa masalah teringin sangat nak sambung master..tapi nak kawen dulu kot…^^hihi…gurau je…jodoh di tangan Allah, saya terima seadanya.
                Yang paling penting saya nak tolong keluarga dulu sebab saya ni anak sulung.. kena tunjuk contoh pada  adik-adik..harap-harap dapat ijazah kelas pertama…nanti, tak perlu bayar PTPTN…hikhikhik..sedang berusaha ke arah itu, walaupun banyak masa dihabiskan dengan sia-sia….tiap kali semester baru mesti pasang azam nak belajar sungguh, tak nak malas-malas, tapi biasanya tahan untuk 2 bulan pertama je lah..lepas tu, tidur dan tengok cerita je lebih….hehehe..

             Sebenarnya, seronok jadi cikgu ni, anak murid sayang kita…hehe..lagipun, dapat mendidik anak bangsa ni kerja yang sangat mulia sebab kita lah yang bakal mencorak generasi akan datang… dan yang paling seronok sekali ialah SELAMAT HARI GURU…hehe…terasa diri dihargai je….

               




                InsyaAllah akan berjaya mencapai cita-cita suatu hari nanti..semoga menjadi manusia yang berguna pada masyarakat dan berjaya di dunia dan akhirat..Sekian…
               

CARTA FILA


APA ITU CARTA FILA?????

Masuk kelas hari ini, perkara pertama yang dapat dipelajari ialah CARTA FILA. Pertama kali dengar perkataan ni, tak terlintas sedikit pun gambaran apakah sebenarnya carta fila. Inilah kali pertama mendengar perkataan tersebut.

Alhamdulillah, bukanlah susah seperti yang disangka, dengan bantuan yang berkesan daripada Puan Asmayati akhirnya saya faham apa itu Carta Fila..Contoh yang dapat saya kongsikan adalah seperti dibawah:

Problem Scenario 1:
Rosa, a new teacher was chose to attend a workshop on Learning & Teaching organise by the district education department. In the workshop she was exposed to many things such as learning theories, teaching methods, classroom management and assessment process. At the end of the workshop each participant needs to deliver a talk according to particular topic given randomly to them. The topic given to Rosa was Smart School.
As a curriculum officer how would you help Rosa?

Carta FILA

Fakta
Idea & Isu
Hasil Pembelajaran
Tindakan

Ø  Rosa ialah seorang guru baru.

Ø  Rosa menghadiri bengkel tentang cara belajar dan mengajar anjuran Pejabat Pelajaran Daerah.

Ø  Dia didedahkan dengan teori pembelajaran, teknik mengajar, pengurusan kelas dan proses penaksiran.

Ø  Dia dikehendaki menyampaikan ucapan tentang Sekolah Bestari.

Ø  Rosa tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru.

Ø  Tidak biasa dengan situasi dan persekitaran baru di sekolah.

Ø  Dia belum mengenali keadaan dan kelakuan para pelajar.

Ø  Tidak tahu cara untuk menarik perhatian pelajar supaya pelajar memberi perhatian di dalam kelas.

Ø  Kurang pengetahuan tentang teknik pengurusan kelas yang baik.




Ø  Jarang berdepan dengan situasi di dalam kelas yang sebenar.

Ø  Kurang jelas dengan objektif, visi dan misi pelaksanaan Sekolah Bestari.

Ø  Apa itu Sekolah Bestari?

Ø  Apakah misi dan visi Sekolah Bestari?

Ø  Apakah konsep dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah kriteria atau kelayakan para pelajar untuk memasuki Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah sesebuah sekolah itu boleh dijadikan sebagai Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari dijalankan?

Ø  Siapakah yang memainkan peranan dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang lain?


Ø  Apakah kebaikan dan keburukan Sekolah Bestari?

Ø  Apakan aspek penting dalam menangani pelaksanaan Sekolah Bestari?


Ø  Mempelajari teori pembelajaran ,  cara pengurusan kelas dan proses penaksiran dengan betul.

Ø  Mencari apa itu sekolah bestari, objektif, visi dan misi melalui buku, internet dan bahan rujukan lain.

Ø  Melayari internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sekolah Bestari.

Ø  Pergi ke Sekolah Bestari untuk melihat persekitaran sebenar dan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di Sekolah Bestari.

Ø  Cuba untuk mengenali para pelajar Sekolah Bestari.


Ø  Mengkaji perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang sedia ada seperti proses pengajaran dan pembelajaran.


Ø  Mengetahui cabaran yang akan dihadapi dalam pelaksanaan Sekolah Bestari seperti cabaran kepada pengetua, para guru dan pelajar


DIRI INI

Assalamualaikum..

Perkara Pertama untuk memulakan sesuatu mestilah pengenalan diri kan? Jadi, dengan ini saya akan memperkenalkan siapakah penulis blog ini. Nama penulis ialah NORFATIN NABILAH BT KELANA SARI. Saya lah ni...heheheh...Dilahirkan pada 24 Ogos 1991 di Hospital Jerantut, Pahang.

Saya mula belajar ketika berusia 7 tahu, tidak seperti orang lain yang sudah pergi ke sekolah sejak berusia 5 atau 6 tahun, saya ni malas sikit masa zaman kanak-kanak dulu, tapi sekarang dah rajin da la..hikhikhik.. Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 9. Inilah sekolah tempat saya selalu menangis dulu..hihihi...Tiap kali lalu depan sekolah ni, mesti teringat zaman kanak-kanak dulu...Selalu buat perangai..huhu...Masa sekolah rendah, saya dah memang bercita-cita nak jadi cikgu...hehe

Lepas habis je darjah 6, tak sabar-sabar nak pergi sekolah asrama. Memang dah pasang niat nak duduk asrama , kononnya nak berdikari lah..Padahal, nak bebas..hehe...Mula-mula dapat tahu sekolah ni sekolah agama, saya tak nak pergi tapi ramai orang cakap, 'pergi je la Biela, bagus belajar kat sekolah agama ni'. Akhirnya, dengan hati yang terpaksa dan rela saya menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang yang juga dikenali sebagai SMKA TAHAP. Di sinilah saya belajar jadi manusia berguna dan saya sangat bersyukur kerana ditakdirkan bersekolah disini.

Lepas habis sekolah menengah saya terpaksa menyambung pelajaran di Matrikulasi Pahang di bidang Sains yang amat tidak saya sukai..heheh..tapi, dah lama-lama belajar rasa macam seronok pulak. Sampai boleh tukar cita-cita dari nak jadi Cikgu Matematik , tiba-tiba tersuka subjek Kimia. Dan disebabkan minat inilah akhirnya adalah saya di bumi UPSI, Tanjong Malim,Perak ni...Salh satu subjek major yang perlu diambil adalah kursus Information And Communication Technology In Chemistry ini.

                                                  KELUARGA SAYA.....