2

Photobucket

Monday, 19 December 2011

DIRI INI

Assalamualaikum..

Perkara Pertama untuk memulakan sesuatu mestilah pengenalan diri kan? Jadi, dengan ini saya akan memperkenalkan siapakah penulis blog ini. Nama penulis ialah NORFATIN NABILAH BT KELANA SARI. Saya lah ni...heheheh...Dilahirkan pada 24 Ogos 1991 di Hospital Jerantut, Pahang.

Saya mula belajar ketika berusia 7 tahu, tidak seperti orang lain yang sudah pergi ke sekolah sejak berusia 5 atau 6 tahun, saya ni malas sikit masa zaman kanak-kanak dulu, tapi sekarang dah rajin da la..hikhikhik.. Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 9. Inilah sekolah tempat saya selalu menangis dulu..hihihi...Tiap kali lalu depan sekolah ni, mesti teringat zaman kanak-kanak dulu...Selalu buat perangai..huhu...Masa sekolah rendah, saya dah memang bercita-cita nak jadi cikgu...hehe

Lepas habis je darjah 6, tak sabar-sabar nak pergi sekolah asrama. Memang dah pasang niat nak duduk asrama , kononnya nak berdikari lah..Padahal, nak bebas..hehe...Mula-mula dapat tahu sekolah ni sekolah agama, saya tak nak pergi tapi ramai orang cakap, 'pergi je la Biela, bagus belajar kat sekolah agama ni'. Akhirnya, dengan hati yang terpaksa dan rela saya menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang yang juga dikenali sebagai SMKA TAHAP. Di sinilah saya belajar jadi manusia berguna dan saya sangat bersyukur kerana ditakdirkan bersekolah disini.

Lepas habis sekolah menengah saya terpaksa menyambung pelajaran di Matrikulasi Pahang di bidang Sains yang amat tidak saya sukai..heheh..tapi, dah lama-lama belajar rasa macam seronok pulak. Sampai boleh tukar cita-cita dari nak jadi Cikgu Matematik , tiba-tiba tersuka subjek Kimia. Dan disebabkan minat inilah akhirnya adalah saya di bumi UPSI, Tanjong Malim,Perak ni...Salh satu subjek major yang perlu diambil adalah kursus Information And Communication Technology In Chemistry ini.

                                                  KELUARGA SAYA.....

No comments:

Post a Comment